Cara buka akaun Google AdSense untuk Blogger

Assalamulaikum. 

Hi peeps harini nak kongsikan cara buka akaun google adsense untuk blogger sekalian. Tahu tak apa itu adsense?

Google Adsense ialah syarikat pengiklanan di bawah naungan syarikat gergasi Google. Ia lain dari syarikat pengiklanan yang lain, untuk mohon Adsense, sangat susah, kerana domain yang digunakan mesti ada CP yang kukuh. Apa itu CP? CP ialah Content Performance, maksudnya mesti ada viewer yang datang blog korang setiap hari supaya Adsense tidak melabur sia-sia kat blogger. Sebab itu lah susah nak dapat, tapi bila dah dapat korang boleh rileks tunggu duit masuk, tapi mesti juga update blog tu supaya dia tak terminate macam tu sahaja. Polisi dia senang, jangan copy paste, tulis sendiri okay. Kata pun writer, jangan malas taip okay. Tulis lah ikut style korang, sebab Adsense dia tengok unik post yang korang buat, bukan entri copy paste. Kalau Adsense tengok korang plagiat blog orang lain, say bye-bye la kat permohonan korang.


Tengok gambar di atas. Turn your passion into profit. Maksudnya tukar minat awak kepada keuntungan. Minat menulis? Jom tambah side income. Okay sini fiqa tunjuk kebaikan buka adsense, dan kat mana kita boleh lihat adsense ni bila bukak blog.

First, kalau korang tengok kat bahagian earnings, akan ada keluar "apply adsense" or macam yang bawah ni kalau korang dah ada adsense. Bila dah ada adsense, cuma click "yes" kat bahagian show ads. Kemudian, klik kat bahagian visit adsense untuk details earning.


Nampak tak dia dah beranak sampai 60.26 USD kat gambar bawah tu. Okay, gambar bawah ni adalah contoh earning blog setakat ni. Okay, minat tak nak pasang adsense kat blog? Fiqa nampak anda dah mula minat tu, hihi.


Bawah ni pula bila tukar USD ke RM. Pendapatan blog kita dah jadi RM 245.71. Siapa yang nak kasi kan?

Tapi korang kena ingat, nak keluarkan duit dari adsense kena capai 100 USD dulu. So biar lah dia beranak-pinak dulu. Jadi bila 100 USD, kita dapat berapa? 


RM 407.75! hmm banyak tak? Kalau rasa sikit, simpan lagi bagi dia beranak lagi. Okay trigger tak?
Ada rasa nak bukak adsense tak? Okay kalau trigger jom tengok cara nak bukak adsense.


CARA BUKA AKAUN GOOGLE ADSENSE

  1. Pertama sekali, korang buka link ni:  www.google.com/AdSense/StartEarning
  2. Dah buka, tekan SIGN UP. 
  3. Lepastu isi je form yang disediakan menggunakan google akaun yang korang gunakan untuk blog.
  4. Dah siap isi semua form, submit je.
  5. Lepastu tunggu je e-mel dari Adsense. Kalau dia terima, akan ada step seterusnya yang Adsense suruh buat.
Okay, faham? senang kan. haha intro je lebih untuk trigger korang. Cara-caranya senang je, tapi yang penting kesabaran dan jangan putus asa. Fiqa apply adsense ni pun kali ke-3 baru dapat. Jadi kalau pertama kali apply, kena reject, jangan putus asa. Apply lagi, sampai berjaya. Anggap apply adsense ni macam apply kerja kat syarikat besar. Tapi memang pun, adsense ni kan bawah google. Maksudnya awak kerja kat syarikat Google secara tak lansung. wow cam best kan? hihi

Okay sekian entri hari ni. Nak sambung baca buku "Menjemput jodoh, memikat sahabat" dulu. Nanti kalau ada perkongsian mungkin fiqa akan tulis untuk entri seterusnya.

Assalamulaikum.


Jom tukar minat anda kepada profit,
Fiqa Nsz.



No comments:

Post a Comment